The Baker's Place

KEDAI ROTI DAN KEK The Baker's Place, 1-5, ARAS BAWAH, PUSAT KOMERSIAL KOMUNITI BANDAR TUN RAZAK, CHERAS, 56000 KUALA LUMPUR -- email: bahtiar.bakersplace@gmail.com tel: 016-2224262 **KAMI MENGUSAHAKAN KEDAI ROTI DAN KEK SAHAJA. KAMI TIADA MENGANJURKAN SEBARANG KELAS MASAKAN. JIKA ANDA INGIN BELAJAR, SILA RUJUK KE SENARAI TEMPAT BELAJAR KEK DAN ROTI DI BAWAH SANA TU**

Wednesday, October 07, 2009

Baker vs Cake Decorator

Salam untuk semua. Masih lagi demam raya kan? Selamat Hari Raya... Maaflah sebab baru hari ni dapat online. Dalam bulan puasa banyak sangat aktiviti; dengan pindah rumah, pindah chiller dan ubahsuai kedai.
Namun aktiviti paling utama ialah melatih semua baker untuk kemahiran asas hiasan kek menggunakan buttercream. Pelatih Kolej Komuniti Selayang pun tumpang sekali la, bulan puasa ni kedai tutup sebulan. Buat biskut raya sikit je sekadar termampu.
Aktiviti buttercream deco bermula dalam minggu pertama bulan puasa. Ambil masa seminggu juga lah sebab semuanya boleh dikatakan pertama kali belajar. Terutama sekali pelatih Kolej Komuniti Selayang. Segalanya bagaikan pertama kali bagi mereka ni. Beruntunglah buat praktikal di Baker's Place ni...
Kaedah latihan pula ialah kaedah 'latih tubi'. Buat latihan sampai tangan lenguh, buat sampai krim putih jadi tukar warna coklat, selagi saya kata tak lulus selagi tu kena buat berulang-ulang kali.
Hai... bermodal jugak la nak mengajar diorang ni. Habis 2 kotak marjerin yang 18kilo tu...
-Foto aktiviti praktis buttercream deco-
Praktis guna loyang sebagai kek.
Duduk pun duduk lah... pahamle bulan puasa..
Bagi kek span sebenar. Buat ikut kreativiti masing-masing.
Dah siap? Siapa tak siap tak boleh balik. Buat sampai siap. Ni ada yang terpaksa berbuka puasa kat kedai pulak ni karang...
Antara hasil kerja tangan baker dan pelatih-pelatih Kolej Komuniti Selayang. Semuanya 9 orang buat 4 biji kek setiap seorang, jadi ada 36 biji kek.
Ini foto hasil kerja antara yang ok la... Jangan ambilkira hal warna, sebab ni semua pakai krim guna semula. Mak ayah tentu bangga anaknya dah pandai buat kek begini kan...









Lepas ni tokey boleh la rileks sikit, fokus kat bahagian lain pulak. Harap pelaburan 'human development' ni tak sia-sia. InsyaAllah.

Thursday, August 20, 2009

Hidupkan dua belah tangan

Bermula 20hb Julai 2009 lalu empat pelajar Kolej Komuniti Selayang memulakan latihan industri di dapur Baker's Place Bandar Tun Razak, untuk tempoh 5 bulan.

Latihan pertama yang perlu mereka lulus ialah 'menghidupkan dua belah tangan', kiri dan kanan. Kedua-dua tangan kiri dan kanan mesti berfungsi dengan baik. Caranya ialah melakukan 'dough rounding'.

Wednesday, August 05, 2009

Wedding Cake 6 tiers

Pada 2hb Ogos yang lalu telah berlangsung majlis persandingan salah seorang pekerja Baker's Place di Dewan Utama Pusat Komuniti Bandar Tun Razak Kuala Lumpur. Untuk majlis ini kami menyediakan kek enam tingkat dengan 'fresh cream' dan hiasan 200kuntum bunga ros merah, seperti yang diidamkan oleh pengantin perempuan. Lega rasanya dapat siapkan kek yang tak seberapanya ini dalam tempoh yang diperlukan. Lebih lega lagi bila 3 tingkat yang paling besar tu (Chocolate Moist Cake, Strawberry Cake & Blueberry cake) habis dipotong dan dinikmati oleh para tetamu yang ada pada majlis tersebut. Yang 3 tingkat kecil tu Manggo Cake, Kiwi Cake dan Orange Cake, kami bawa pulang untuk diberi kepada keluarga pengantin.

Sekadar projek percubaan saja nak belajar-belajar buat kek besar. Bila orang tanya berapa harga kek yang macam ni? tak tau nak letak harga.... huhu.

Wednesday, July 22, 2009

Roti Naik

Minggu ini saya mencuba satu produk yang dinamakan Roti Naik.
Berilah nama roti apa saja, kita yang buat dia...
Ada orang kata Roti Naik paling terkenal ialah dari Johor Baru. Yang peliknya ada juga orang JB tak pernah dengar nama Roti Naik. Apa-apapun itu adalah sebahagian kesan daripada 'marketing' sesuatu perniagaan. Barang baik mestilah orang cerita baik kan.

Sehari suntuk saya mencari 'Roti Naik' dalam internet. Tidak pula kelihatan apa yang dikatakan 'Roti Naik' yang original dari JB yang terkenal tu.

Nak buat macammana? Saya punya roti naik yang macam saya buat inilah. Sekadar buat ikut naluri sajalah. Ini boleh diberi nama Roti Naik Kuala Lumpur ke? Harga? Masih belum berada di pasaran lagi... hehehe..






Sunday, July 12, 2009

Latihan Industri

Latihan Industri: Pertengahan tahun begini ramai pelajar kolej atau pusat latihan kemahiran sedang mencari tempat untuk menjalani latihan industri. Baker's Place sendiri tak terkecuali untuk mengambil beberapa orang pelatih.

Saya mengalu-alukan pelatih untuk datang menjalani latihan industri di premis saya. Cuma saya punyai beberapa syarat:

1- Jangan beri syarat kepada saya, saya yang beri syarat kepada anda.
**** Ada pelatih beri syarat kepada majikan; nak kerja pagi je, malam tak boleh kerja, kena balik rumah awal, hari Sabtu Ahad nak cuti. Wahai adik-adikku... Kalau nak kerja 'office hour' pergilah kerja pejabat, sini namanya 'kerja dapur'....

2- Elaun dan tempat tinggal tidak disediakan.
**** Saya cuma kata tak disediakan, tak semestinya saya tak bagi....

3- Waktu latihan: 9 jam sehari (antara 8am hingga 10pm)
**** Ada shif pagi dan shif petang.

4- Hari latihan: 6 hari seminggu termasuk Sabtu dan Ahad dan pada cuti umum.
**** Off-Day hari biasa.

5- Tempat latihan: Cawangan Bandar Tun Razak dan Cawangan Bandar Tasik Selatan.
**** Dua-dua tempat pun boleh.

6- Anda akan diberi peluang menimba pengalaman kerja sebenar seorang Baker. Anda juga akan berpeluang melatih keupayaan sebagai seorang Cake Decorator.
**** Harap anda menghargai apa yang anda dapat dengan percuma. Jadilah manusia yang bersyukur. InsyaAllah anda akan berjaya.

Sila hubungi pengurusan The Baker's Place di talian 016-2224262 untuk permohonan. SMS tidak dilayan.

Wednesday, June 03, 2009

Cawangan Bandar Tasik Selatan akan dibuka.!!

Dah 11hb dah ni baru ada satu foto. Maaflah takde foto masa buat renovation. Gambar ni je la yang ada.

Friday, May 22, 2009

Cawangan Alam Damai ditutup.


Dimaklumkan bahawa The Baker's Place cawangan Alam Damai (di Econsave Alam Damai) telahpun dihentikan operasinya bermula pada 15hb Mei 2009.

Dalam masa 5 bulan prestasi cawangan ini tidak menunjukkan sebarang keuntungan, mahupun sebarang peningkatan pencapaian.

Dengan ini saya memohon maaf kepada semua pelanggan di Alam Damai kerana tidak dapat memenuhi keperluan dan permintaan anda. Walaubagaimanapun anda masih boleh menikmati produk kami dengan berkunjung ke Bandar Tun Razak.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Wednesday, February 18, 2009

You must have control

Saya membaca tulisan PakDi di www.pakdi.my
Ayat pertama artikel tu menarik perhatian saya. 'Dalam bisnes dan pelaburan, anda mesti ada kuasa untuk mengawal.'

Memang benar. Dalam perniagaan anda sebagai pengusaha, anda juga sebagai penguasa. Anda perlu berkuasa penuh terhadap perniagaan anda sendiri. Tak kira bagaimana.
Anda boleh gunakan duit anda yang berkepuk-kepuk tu sebagai sumber kuasa anda, anda nak guna pengalaman dan kemahiran anda sebagai sumber kuasa, anda mempunyai rancangan rapi dan teliti serta backup plan, ataupun anda cuma ada tulang empat kerat, asalkan anda boleh menguasai perniagaan tersebut gunakanlah apa saja. YOU MUST HAVE CONTROL.

Anda boleh mempunyai pekerja. Anda juga boleh menjadikan pekerja anda sebagai orang harapan anda tetapi anda mesti jadikan diri anda juga sebagai harapan kepada pekerja-pekerja anda. Anda tidak boleh 'TAK TAHU' berbanding pekerja anda. Apa yang pekerja anda tahu, anda mesti tahu. Setiap inci kedai anda, anda perlu tahu. Jika tidak, anda mungkin akan hilang kawalan suatu hari nanti. Mungkin juga pekerja boleh sabotaj perniagaan anda sendiri.. atau anda sendiri yang sabotaj... hohoho..

Anda merasuah pegawai tinggi tentera untuk menang tender supply roti? Sebenarnya anda sedang menempah nisan untuk perniagaan anda. Anda membuka ruang untuk perniagaan anda dimusnahkan. Anda tidak ada kuasa lagi.

Anda sebenarnya tak tahu apa-apa tentang pembuatan roti mahupun kek. Anda harapkan baker yang uruskan segala-galanya. Sudahkah anda ada backup plan seandainya tiba-tiba baker anda itu sabotaj, berhenti kerja dan bawa pergi sekali dengan baker-baker yang lain; tinggal budak cashier seorang.....

Untuk menguasai perniagaan sendiri, anda tak perlu jadi raja, tak perlu jadi mahaguru, tak perlu jadi Tuan Besar, tetapi anda perlu jadi Master. Macam mana tu? hohoho.